Memandang Allah

Bersihkan hati agar miliki cahaya yang tajam memandang kepada Allah SWT disebalik alam dan peristiwa yg berlaku.

Apa jua kebaikan dan kejahatan, nikmat dan musibah hakikatnya dari Allah jua, apabila matahati tiada berfungsi maka tiada dapat memandang dari Allah segalanya. Maka hanya terlihat pada kekuasaan makhluk yang boleh memberi kebaikan dan kejahatan padanya.

Cahaya hati memandang kepada Allah itulah dinamakan maqam IHSAN atau Tauhid Tasawwuf/ Sufi. Hakikat sentiasa syuhud @ memandang dengan cahaya hati kepada Allah namun syariat memerintah kita agar berterima kasih pada sesama makhluk yang memberi kebaikan, sesiapa yang tiada terima kasih pada makhluk mereka tiada bersyukur pada Allah.

Kejahatan yang berlaku adalah pilihan manusia melakukan, syariat memerintah kita wajib menolak, membenci malah wajib memerangi kejahatan, namun dalam matahati kita wajib menyaksikan pada Allah jua segala yang berlaku.

Justeru itu Rasulullah SAW dan para Aulia tiada dendam pada segala kejahatan manusia padanya lantaran memandang Allah jua disebalik kejadian sebagai ujian padanya.

Imam Malik r.h.m pernah berkata:

“Barangsiapa bersyariat tanpa hakikat, maka ia jadi fasik. Barangsiapa berhakikat tanpa syariat, maka ia jadi zindik .”

Barangsiapa siapa yg memisahkan Kudrat dan iradah Allah dari apa yang berlaku dalam kehidupannya walaupun debu yang berterbangan dikelilingnya, maka ia adalah syirik, tiada apa yg berlaku walaupun satu zarah melainkan diatas kalimah بسم الله الرحمن الر حيم

Wajib membersihkan kegelapan yang menutup cahaya hati agar hati dapat sentiasa menyaksikan Allah, dengan keadaan begitu maka terlepas mereka dari syirik menduakan Allah pada Afaal, Asma dan SifatNya.

Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:

الَّذِيْنَ يَذْكُرُوْنَ اللّٰهَ قِيَا مًا وَّقُعُوْدًا وَّعَلٰى جُنُوْبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُوْنَ فِيْ خَلْقِ السَّمٰوٰتِ وَا لْاَ رْضِ ۚ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هٰذَا بَا طِلًا ۚ سُبْحٰنَكَ فَقِنَا عَذَا بَ النَّا رِ
allaziina yazkuruunalloha qiyaamaw wa qu’uudaw wa ‘alaa junuubihim wa yatafakkaruuna fii kholqis-samaawaati wal-ardh, robbanaa maa kholaqta haazaa baathilaa, sub-haanaka fa qinaa ‘azaaban-naar

“(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.”

— (QS. Ali ‘Imran 3: Ayat 191)

Kredit : Walid al Malik

Dapatkan mug I Love Rasulullah, hanya RM25!

Cinta wajib menyatu , Cinta juga ada sempadan , apa yang dicintai Allah dan Rasul maka kita cintai, apa yang dibenci Allah dan Rasul kita membencinya.

I Love Rasulullah 1 [Small]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *