5 Perbezaan Tariqah & Tasawuf

TARIQAH dan TASAWWUF itu sama sahaja daripada segi pengertian atau maksudnya, namun jika diteliti secara terperinci, maka kita akan dapati SEDIKIT PERBEZAAN antara keduanya. Seperti berikut:

1) Tariqah bersifat umum, sedangkan Tasawwuf bersifat khusus.

2) Tariqah adalah jalannya, sedangkan Ilmu amalannya dikenali sebagai Tasawwuf.

3) Tariqah itu ialah jalan mujahadahnya, sedangkan Tasawwuf itu pula adalah natijahnya atau hasil dari mujahadah itu sendiri.

4) Tariqah dipandang dari sudut perjalanan rohaniyyah, sedang Tasawwuf dipandang dari sudut pencapaian rohaniyyah setelah melalui berbagai-bagai halangan dan mengharungi berbagai-bagai tingkatan dalam mujahadah di jalan Allah.

5) Dari sudut amalan dhikrullah dan muraqabah, Tariqah digunakan merujuk kepada aliran dhikrullah dan muraqabah, sedang Tasawwuf adalah dilihat dari sudut matlamat yang semestinya dicapai menerusi dhikrullah dan muraqabahnya.

Kesimpulannya, bahawa asas yang membezakan antara Tariqah dan Tasawwuf ialah sudut pandangan itu sendiri yang dilakukan iaitu sama ada dari sudut perjalanannya atau matlamat kesudahannya; jika dipandang dari sudut perjalananya maka dikenali TARIQAH, tetapi dipandang dari sudut matlamatnya terakhir maka dikenali sebagai TASAWWUF. Kedua-duanya, Tariqah dan Tasawwuf itu tetap satu perkara yang serupa juga, kerana doktrin dan kandungan bagi kedua-duanya serupa sahaja.

Rujukan Buku Shaikh Dalam Ilmu Tariqah, DR HJ JAHID BIN HJ SIDEK AL-KHALIDI, ms 12-16, Al-Falah Publications Sdn Bhd, Cetakan 2015

Kredit : Syeikh Dr Hj Jahid Sidek Al-Khalidi

Dapatkan mug I Love Rasulullah, hanya RM25!

Cinta wajib menyatu , Cinta juga ada sempadan , apa yang dicintai Allah dan Rasul maka kita cintai, apa yang dibenci Allah dan Rasul kita membencinya.

I Love Rasulullah 1 [Small]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *